Saat aku lemah untuk mengharungi dunia realiti,
Saat aku berat untuk tersenyum di permulaan hari,
Saat aku bersedih mengingati peristiwa semalam,
Aku selalu merungut kepada-Nya.
Di tikar sejadah itu aku menyembah-Mu,
Di tikar sejadah itu aku meluahkan rasa penatku,
Di tikar sejadah itu aku berharap segala kesedihanku pergi,
Pergi...pergi jauh dan tidak akan menyinggah sanubari hatiku lagi,
Terkadang ku terfikir,
Mengapa Allah memberi dugaan yang tak tertanggung?
Bila semua ini akan berakhir serta-merta?
Bagaimana caranya?!
Satu demi satu titisan air mataku mulai jatuh.
Selalu begitu.
Orang yang selalu dilihat tersenyum saat berjumpa,
Orang yang gelak tawanya boleh membuat orang lain ikut ketawa,
Orang yang tak pernah sekalipun dilihat merungut tentang kehidupannya,
Sebenarnya,
Itulah kehidupan.
Kadang kadang,
Kita harus selalu tersenyum walau dihujani apa sahaja dugaan.
Kini,
Aku redha dengan apa sahaja yang berlaku,
Kerana aku tahu satu perkara,
Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.
Bersangka baiklah dengan Allah,
Allah mahu kamu berdoa kepadanya,
Allah mahu kamu menangis memohon pertolongan kepada-Nya sahaja,
Allah selalu rindu dan sayang kamu,
Walaupun kadang kadang, kamu lupa akan Nya.


No comments:
Post a Comment