Follow ElaneezErdeena on Twitter

Instagram


nur elaneez erdeena binti mohd hanizam. nineteen.kl.

Daurah Mahasiswa di Pondok Baitul Qurra

Alhamdulilah, Allah telah menggerakkan hati saya untuk menadah ilmu agama di Pondok Baitul Qurra selama 2 minggu. Pengajian selama 2 minggu ini di namakan sebagai Daurah Mahasiswa, dimana ramai mahasiswa mahasiswi & juga lepasan spm yang join. Daurah Mahasiswa ni lebih kurang macam pengajian kitab kitab namun khatamnya secara cepat.

Keberangkatan saya ke sana memang kerelaan hati sendiri. Menganggap diri ini masih kurang ilmu agama di dada. Berpisah dengan keluarga dalam tempoh yang lama amat sukar pada mulanya. Jadi saya membuat keputusan untuk ke pondok sehari sebelum pengajian kitab ini berlangsung. Mujurlah Al Fadhil Ustaz Zulkifli tidak keberatan.  


Perasaan saat melangkah masuk pintu gerbang pondok ini, gementar sangat. Rasa gementar tu, Allah sahaja yang tahu. 




    "okay ke aku dengan tempat ni?" 


"boleh ke aku bertahan sampai 2 minggu ni?"



"kerdilnya aku rasa bila dekat sini"


Iyalah, selama ini tak pernah terfikir saya dapat berdampingi dengan wanita wanita berniqab, Selalu kalau nampak wanita berniqab, pasti mata automatik akan pandang tak berkelip mata. Hehehe. Mungkin kelihatan sopan? Mungkin?


Okay tutup cerita tu.


Ni nak cerita ni. Tahukah anda, pelajar - pelajar pondok muslimat ( pelajar tetap) ni sebenarnya sporting, peramah & kelakar? Betul ni. Serious. Oleh sebab sebab saya pelajar daurah pertama yang datang, mereka siap tunjukkan selok belok asrama muslimat. Dari tandas, musolla, sampai ke dewan makan and lain lain. 


Hehehehehehe. Memang sengaja saya ke pondok sehari sebelum sebab senang sikit nak menyesuaikan diri dengan pelajar pondok. Percaya tak? Baru berapa jam je, saya dah boleh ngam dengan semua orang. Tapi paling rapat, Nabila. Mungkin sebab saya ni pun jenis peramah so, Nabila pun tidak segan bercerita bagaimana dia boleh belajar di Baitul Qurra dan akhirnya jadi ketua pelajar pondok. Kami sebaya. Tapi pengetahuannya dalam bidang agama sangat luas. Saat dia membaca Al Quran, saat dia mengimamkan solat fardhu....terpukau oh.


Nabila pernah cakap yang pada daurah yang lepas, ada pelajar daurah yang kata ; 




"lulusan pondok? nak hidup macam mana nanti?"


Jawabku, 



"siapa lah yang cakap macam tu. awak tahu tak, kalau boleh diundurkan masa, saya nak jadi macam awak. nak sangat. tapi tak apalah, saya dapat ke sini pun sudah bersyukur dah. dapat jumpa awak. perbetulkan lah apa apa kalau saya salah"




Hari kedua.


Seusai solat subuh berjemaah, Nabila beritahu yang menjadi rutin harian membaca wirdhul latif. Okay. Part ni macam segan sikit. Mereka memang pesen baca laju laju. Laju sangat sangat sangat. Hahaha. Mula mula tu macam tak boleh tapi hari ketiga? yeay boleh dah boleh! :)


Then tadarus Al-Quran beramai-ramai. Mereka semua dengan taranumnya...dengan bacaan berlagunya...macam oh ok..hebatnya.... 


Dalam tengahari macamtu, saya membantu Nabila dalam urusan pendaftaran dan penempatan pelajar pelajar daurah. Setelah selesai menguruskan semuanya, saya kembali Bilik 2. Dalam bilik kami, ada pelbagai latar belakang pendidikan tapi mostly lepasan spm. Ada yang sekolah KISAS, sbpi, smka and beberapa sekolah menengah biasa. Manakala ada yang baru lepas buat stam and stpm. Cuma seorang je pelajar universiti. Dari UIA. Akhirnya...........ramai  yang sebaya. Muehehehehe. 



Pelajar bilik 2 ; Farida Shahriani, Sharifah Nursyuhada, Suhaini, Safura, Nabihah, Kak Sabrina, Kak Husna & Kak Aida


Selepas solat Maghrib berjemaah di musolla, Nabila membahagikan kesemua pelajar daurah ni kepada 10 kumpulan. Tapi yang part tak bestnya, ahli kumpulan yang ni bukan dari kalangan roomates kita. Huwaaa :( Apa yang kita kena buat bersama sama dengan ahli kumpulan ni ialah, masak untuk breakfast, lunch and dinner. Then kemas seluruh kawasan pondok. Tadarus selepas solat Subuh dan bacaan wirdhul latif pun kena sekali dengan ahli kumpulan. 


Mula mula ahli kumpulan cuma, Kak Mia dari UIA Petaling Jaya, Kak Fadhilah dari UIA Gombak & Najjah dari SMKA mana entah. Lupa. But then, semua kumpulan kena rombak balik & Kak Husna pun join kumpulan kitorang sekali. Yeay.



Rutin Harian.


05.30 pagi - kejutkan roomates & bersiap siap ke musolla

06.00 pagi hingga 7.15 pagi - solat subuh & wirdhul latif
07.15 pagi hingga 8.00 pagi - tadarus with ahli kumpulan
 08.00 pagi hingga 9.00 pagi - aktiviti bebas***
09.00 pagi hingga 10.00 pagi - breakfast ( fav )
10.00 pagi hingga 1 petang- kelas with Ustaz Shauqi
1.00 petang hingga 1.30 petang- solat Zuhur 
1.30 petang hingga 2.00 petang - lunch (fav fav )
2.00 petang hingga 2.30 petang - aktiviti bebas***
2.30 petang hingga 3.00 petang - siap siap ke kelas
3.00 petang hingga 5.00 petang - kelas with Ustaz Zulkifli
5.00 petang hingga 5.30 petang - solat Asar & wirdhul latif
5.30 petang hingga 7.00 malam- aktiviti bebas***
7.00 malam hingga 8.00 malam - solat Maghrib & bacaan ratib haddad
8.00 malam hingga 9.00 malam - dinner & aktiviti bebas & solat Isyak***
9.00 malam hingga 1 pagi - kelas with Ustaz Zulkifli / Ustaz Shauqi
1 pagi - 2 pagi - surah al mulk with roomates
2 pagi - tidur


Aktiviti bebas.


- Kalau pelajar pelajar daurah lain, mereka akan tidur lah waktu ni. Tapi saya jarang sangat tidur waktu di pondok. sebab nak tatap semua kawasan dalam pondok ni. Takut rindu nanti ( tapi memang rindu pun). Cuma ada dua kali je terjebak tertidur lepas subuh sebab malam sebelumnya tu, Ustaz Zulkifli ada hal dan terpaksa menunda jadual kelas dari pukul 9 malam hingga 1 pagi ke 11 malam hingga 2.30 pagi. Kekadang tu kalau tak tidur, kami sesama sendiri berqasidah


Roomates.


- Kalau nak kejutkan mereka ni bangun...Ya Allah boleh menangis rasanya. Bunyi alarm saya ni dah lah bunyi Doraemon. Ala ala cartoon pagi pagi buta. Pun tak tersedar jugak . Mula mula kejutkan mereka ni bangun, lembut je. Ala ala belai belai dulu. Tapi kalau dah tunggu 10 minit tak bangun bangun, memang terpaksa guna alternatif lain, terpaksa la cakap;



 " korang!! Bangun!! Dah terlajak Subuh ni!!"

 *jerit ala ala makcik* ( padahal azan pun belum lagi. hua hua hua.) suka kejutkan mereka ni awal sebab nanti orang lain amik saf depan sekali so, lebih baik cop dulu :P


- Selalunya lepas habis class pukul 1 pagi and dah selesai baca surah al mulk tu, memang susah nak tidur. Roomates akan bercerita pasal buku yang mereka dah baca. Mostly roomates saya ni suka dengan Fatimah Syarha. Mula mula tu, macam tak kenal. But then, bila dah tengok muka, baru kenal. Mereka ni kelakar sangat. Tahu tak? Mereka boleh tiru gaya Fatimah Syarha bercakap. Sama pulak tu. Hahahah. Then, paling tak boleh lupa sekali waktu Kak Husna bercerita pasal "cinta selepas nikah". Point point yang Kak Husna cakap tu, bila fikir balik, ada betulnya... 

Breakfast, lunch & dinner.


- Kalau dekat rumah, bila dah tinggal sorang sorang, memang takkan pernah ada selera nak makan. Kadang kadang selang 3 hari, sekali je makan. Tapi kat sini, macam kebulur tahap apa tah. Kami kat sini makan dalam dulang. Sampai tahap, time baca doa makan semua macam ala2 tak lapar je. Tapi, lepas dah aminkan doa makan, nasi tu kami terkam sekejap je. 5 minit pun tak sampai. Hahaha. Nasi pula kadang kadang sikit sahaja. Lauk? kat sini semua ikan je. Takde ayam ayam. so sape yang acah acah nak demand kat sini memang tak dilayan. Hahahah. Bila makan dalam dulang ni baru la kenal erti bersyukur. Bersyukur dengan rezeki yang Allah sudah berikan. 



Belajar kitab.

- Kami belajar kitab tauhid, Kharidatul Bahiyyah oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Ismail Bin Muhammad. pengajian kitab fiqh, Mukhtasarul Lathif oleh Al-Fadhil Ustaz Syauqi Bin Ismail Bin Muhammad. Juga diselitkan perbincangan tentang isu ideologi & falsafah di Malaysia. 

- Kelas kelas diadakan di ruang loteng/musolla. Mereka kata dalam class memang tersangatlah mengantuk. Kesian.  Mengantuk sampai tersengguk sengguk hahah. Kadang kadang tu mereka ni mintak urut urutkan belakang badan sebab mengantuk yang amat. Best betul rasanya ada sahabat kat sini. Manja betul. 


Stok- stok makanan.

- Selalunya kalau time class pagi tak ada, mereka ni suka pergi kedai kat belakang beli stok makanan. Then ada yang tukang kirim macam macam. Rasanya lah kan, kat pondok ni banyak betul makan. 

- Plus kat sini memang tak ada ais batu so memang mengharapkan air putih jelah hari-2. Tiap kali teguk air putih rasa macam tak percaya je sebab saya kureng sikit bab bab minum air putih ni.

- Roomates punya beg confirm ada stock makanan yang banyak. Kadang kadang kalau letak je biskut captain munch dekat tengah tengah masa aktiviti bebas, sekejap je boleh habis. 

- Siapa yang outing jumpa family sekejap ( siapa yang tinggal Melaka jelah), bawak balik makanan & share ramai ramai.


Kenangan paling tak boleh lupa. 

- Masa time maulid akbar Habib Ali bin Abu Bakar bin Salim datang pondok. Tak pernah terbayang sebegitu ramai muslimin dan muslimat yang datang majlis ilmu sebegini. Tausiyahnya sungguh bermakna & tak mampu menipu bahawa diri ni sebak mendengar apa yang diucapkannya ( walaupun beliau berbahasa Arab). Tetapi alhamdulilah, Allah memang permudahkan segalanya. Segala apa yang disampaikannya, dialih bahasa oleh seorang hamba Allah yang mulia. 

- Masa malam maulid tu, ada gerai gerai menjual macam macam buku agama & air tebu (ADA AIS) fuhh kami pun apalagi, borong pakcik tu punya air tebu dengan ais-2 dia kitorang bawak balik bilik hahahah. Best betul dapat roomates macam mereka. Kami share air tu ramai ramai. Perasaan masetu, seronok sangat. Indahnya bersahabat kerana Allah :)


Malam terakhir di Baitul Qurra.

- Malam sebelum kami berangkat pulang & meninggalkan Baitul Qurra, saya & roomates berqiamulail &bermuhasabah diri. Masing masing tak mahu melangkah keluar dari tempat ini. Macam macam pesan & nasihat yang diberikan membuatkan saya menangis & sebak. Malam tu jugak, malam last kami bermuzakarah, bertadarus, bersolat berjemaah, berqasidah walaupun masing masing tengah whatsapp dengan keluarga.

Selamat tinggal, Baitul Qurra.

- Lepas solat Subuh, bacaan wirdhul latif & bertadarus, saya terus membersihkan diri & mengemas barang- barang, sementara roomates yang lain melakukan aktiviti bebas. Tak lama kemudian, Nabila ke bilik & beritahu ibu sudah sampai. Hati rasa sayu sangat masetu. seorang demi seorang saya mengucapkan selamat tinggal.



"el mintak maaf kalau ada tersalah cakap ke/ terbuat kelakar terlebih macam over ke. maaf sangat. ana uhibbuki fillah. " * berpelukan* *berlaga pipi* *

Selepas letak barang dalam kereta, saya masuk ke pondok balik sebab masetu pelajar pondok baru habis class Fiqh rasanya. Nabila & Kak Yan orang terakhir yang saya jumpa. 


"Nabila, saya ada something lah untuk awak. Hehe. Cuba teka apa?"

"Apa dia el? Saya lupa lah."

"Ish. Nah ambik ni. * hulur coklat * haritu awak kata awak nak coklat kan? tapi awak kan mana boleh keluar. so saya beli lah. nanti makan nanti ingat saya tau"

"Lah el? Awak beli betul betul ke? Ya Allah terima kasih sangat. * peluk * 


Okay itu part nabila & kisah terharu dia. Ceh suka lah tu..

Now kak Yan dengan cerita dia, 

"El, nanti belajar lah kat sini. Okay? "

"Insya- Allah, Kak Yan doakanlah el biar boleh belajar kat sini jugak. Macam Kak Yan. Heheh.

"Ish ada ada je budak ni. Ye ye Kak Yan doakan."


Tak sangka kan, dalam masa 2 minggu kenal, ukhwah yang terjalin tu, macam dah lama. Moga Allah memberi peluangku sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke sini lagi. 


Semoga pelajar pelajar di Baitul Qurra dipermudahkan menuntut ilmu di Yaman kelak. Supaya mereka membawa pulang ilmu Allah. 

Dan, mati syahid di tempat penuh barakah. Doaku selalu bersama kalian. Kita bertemu kerana Allah & kita berpisah kerana-Nya juga. Ana uhibbukum fillah jiddan jiddan.























No comments: